こんばんは みんな!
Assalamualaikum..
Sedang sibuk jari jemari menekan papan kekunci ni,telinga diendangkan dengan lagu patriotik-malaysiaku tercinta..ya saya sedang dengar lagu patriotik pd tgh malam2 buta ni...pelik bukan?haha..
Tiba-tiba terasa ingin bercerita atau berkongsi perasaan cinta terhadap negaraku.
Pada bulan lepas,selama 10 hari kami telah ke negara matahari terbit.Satu perkara yg hampir mustahil bagi aku untuk berlaku tetapi ya dengan izin ALLAH ia menjadi rezeki untukku. Sebagai mahasisiwi yg mengambil Pengajian Bahasa Jepun sbg bidang minor,untuk menjejakkan kaki ke luar negara bagiku ibarat peluang seumur hidup.Terima kasih Ya Allah untuk peluang ini.
Bagi yg selalu ke luar negara mungkin biasa merasai ini tapi ianya adalah kali pertama bagiku.
Selama 10 hari berada disana telah membuka mata aku terhadap banyak perkara dan menguatkan rasa cinta akan tanah air.Di sana
Kesusahan mencari makanan halal
Bercakap bahasa ibundaku
Mahu makan nasi cara kampung ( tangan )
Mahu melihat manusia yg berkongsi budaya yg sama
Tidak mahu dilihat dengan pandangan pelik ( sebab bertudung )
Mahu berjumpa ibubapaku
Semua ini membuatkan aku rindu terhadap Malaysia =)
Memang benar kata pepatah 'hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri'
Kebetulan kami bertolak pada hari raya ke-8 jadi semua masih dalam 'mood' beraya lagi.
Serunding yg kami bawa dari Malaysia seakan terlalu berharga untuk dimakan jadi kami makannya sedikit demi sedikit supaya dapat dibuat pengubat rindu sampai masanya kami balik nanti.
Disebabkan masih sukar nak menyesuaikan diri dengan makanan di sana,selalunya kami masak sendiri je.
Lepas tu makan secara berjemaah.Memang manis saat itu.Terasa kuat ukhwahnya.